Part 2

309 15 15
                                    

"Yes. You hurt me, so you have to nurse me. Takkanlah Hafidz kut!" kata Za'ba selamba sambil buka blazer royal blue pada badan, penuh hati-hati. Mukanya sekejap-sekejap berkerut tanda sedang tahan sakit.

Tapi, Seri yang tengok terasa sungguh suka bila nampak setiap kerut pada muka Za'ba. Dia rasa senang hati sangat. Tapi, senang hati itu terus jadi susah hati bila Seri tengok Za'ba dengan selamba tak malunya duduk di atas sofa tiga rangkai di dalam bilik pengarah kewangan itu dan mula buka butang kemeja putihnya. Satu per satu. Dari atas ke bawah.

"Wait! Wait!" Seri halang, siap dengan kedua-dua tangan dikedepankan penuh semangat. Tak bagi Za'ba teruskan apa dia sedang buat.

Za'ba berhenti buka butang kemejanya, sandar badan pada sofa sambil angkat muka tengok Seri dengan sebelah kening terjongket. Ngam-ngam jarinya henti pada butang kemeja keempat.

Seri tengok muka Za'ba. Kemudian mata turun sikit pula, tertengok secara sengaja dada Za'ba yang terbuka tiga butang atasnya. Dan, tiba-tiba jari Za'ba pada butang baju keempat itu mula bergerak nak cabut butang itu juga.

"You buat apa tu?" Spontan Seri terjerit dan tersedar apa dia buat tadi. Tengok dada lelaki bukan mahram tanpa malu!

"Bukak butang baju untuk sedarkan you yang tengah tengok dada I. I taulah dada I seksi. Tapi, tolong jaga pandangan, okey." Za'ba kutuk terus. Kemudian terus pula dia buka butang kemejanya serupa itu bukanlah satu kesalahan.

Seri sakit jiwa. Sudahlah dia disuruh jaga pandangan, lepas itu Za'ba dengan gaya tak ada hallah sambung buka butang kemeja semacamlah kalau dia buat begitu Seri boleh nak jaga pandangan. Ternoda dan tergoda pandangan lagi adalah!

"Berhenti nak menyeksikan diri boleh tak?" Seri jerit geram.

Dia palingkan muka ke pintu bilik pengarah kewangan itu yang sudah pun bertutup elok selepas Hafidz keluar sebab hendak ambil peti first-aid kit. Malu nak tengok terus Za'ba yang sikit pun tak malu, buka setiap butang bajunya sampai bawah. Kemudian siap selak baju ke kanan dan kiri lagi, menampakkan bahagian dada dan perut yang fit itu.

Macam mana Seri tahu? Sebab dalam paling-paling muka pun Seri curi-curi tengok juga. Serius tak nak sebenarnya tapi 'ter' juga.. Macam ada magnet saja buat dia tertengok. Hisy!

"Tak payahlah nak buat-buat macam tak pernah tengok, Seri..." ujar Za'ba sambil gelak-gelak, tapi seterusnya mendesah sebab gelaknya menyakitkan perutnya yang ada luka itu. Ada lubang besar pensel kut di situ. Mana tak sakit.

Dengar saja cakap Za'ba begitu terus Seri paling muka dan pandang Za'ba dengan muka garang. Rasa nak lempang saja perut Za'ba tepat-tepat pada bahagian luka itu bila dengar lelaki itu cakap tak berlapik macam itu. Mukanya pasti merah. Sebab marah campur malu. Walaupun tak nak rasa malu tapi Seri tetap terasa. Kalau Za'ba tak lupa, dia apatah lagi!

Namun, Seri sekolahkan mukanya dan pandang tajam lelaki itu, yang tengok dia dengan muka tak bersalah. Macamlah baru cerita pasal dia suka minum kopi satu sudu teh gula saja. Dan, bukan pasal dada dan perutnya yang fit itu.

Bila Seri diam tak balas cakapnya, Za'ba senyum. Dia tahu Seri tak suka dengar apa dia ujarkan tadi. Tapi, suka dialah nak sebut. Dia cakap benda betul kut. Bukan Seri tak pernah tengok dia tanpa baju, inikan pula dia yang begini. Cumanya, mungkin Seri dah lupa.

Namun, bila Za'ba perasankan muka merah yang cuba Seri neutralkan, Za'ba yakin Seri tak lupa. Sebagaimana dia. Walaupun lepas sembilan tahun lebih mereka masih ingat!

Baru Za'ba nak buka mulut untuk sakat Seri lagi, biar muka itu lagi-lagi merah, ia tak terlaksana apabila tiba-tiba saja pintu bilik pejabat itu dibuka dari luar. Lalu, tubuh lampai Hafidz melangkah masuk sambil bimbit first-aid kit.

#SeriZa'baWhere stories live. Discover now