Chapter 11

60K 731 160
                                    

"Kalau Sofea tahu macam mana?" Bisik Pn. Rawiyah kepada suaminya secara tegas.

En. Ifrad tersenyum sinis. "Dia takkan tahu." Jawabnya kembali tenang.

"Kenapa abang yakin sangat?" Pn. Rawiyah memeluk tubuh. "Jalan yang saya pilih ni, boleh disebabkan pelajaran Sofea terjejas. Dia baru 17 tahun!"

"Sebab tu saya tiada masalah!" Jawab En. Ifrad.

Pn. Rawiyah menggeleng kepala berapa kali.

Aku yang menyembunyikan diri disebalik dinding yang memisahkan ruang tamu hanya terdengar perbualan mama dan pa itu.

"Kita pilih untuk buat haluan masing-masing. Saya akan hantar Sofea ke Singapore. Dia akan duduk dengan Bonda Usu dan belajar di kampus selama 3 tahun." Terang pa Sofea panjang lebar.

"Kalau dekat Malaysia je Sofea dah keras kepala taknak dengar cakap apa lagi dekat negara jiran tu," Pn. Rawiyah tersenyum sinis.

Papa tidak menjawab malah terus berlalu meninggalkan kami berdua di rumah.

Aku mengesat air mata agar terus tidak meleleh. Malas mahu ingat kisah perit hampir 4 tahun lepas itu.

Aku mengheret bagasi supaya membontoti belakang kaki. Seat belakang Mercedes Benz milik Reef aku buka dan menyumbat satu bagasi merah jambu kecil diiringi satu lagi bagasi besar merah hitam milikku.

Jam di pergelangan tangan dikerling. 9.00 pagi. Flight 10.30 pagi. Ada lebih kurang sejam setengah saja.

"Cepatlah! Flight tak lama lagi je ni," aku menjerit tatkala wajah Reef muncul dari luar lif menuju ke perkarangan kereta.

"Sabarlah." Reef mendegus. Tak sabar sangatlah perempuan jelik ni.

"Ada lagi barang tertinggal tak?" Soalnya.

Aku menggeleng. Tiada!

Kereta kesayangan Reef Putera tiba di perkarangan KLIA. Kami membuat sebarang urusan sebelum travel ke Jakarta, Indonesia. Tempat yang aku pilih semalam.

"Awak, habis kereta awak macam mana?" Soalku.

"Jangan risau. Aku dah suruh kawan aku ambil," katanya tanpa memandang kearahku kerana sibuk menguruskan pasport.

Aku mengangguk.

Perjalanan pun bermula. Ia mengambil kira-kira 1 jam 55 minit untuk sampai.

KAMI tiba di airport Jakarta jam 1 petang. Seperti biasa, membuat sebarang urusan apa yang patut seperti menyewa kereta di Indonesia agar dapat berjalan dengan lebih mudah.

Hotel yang telah ditempah dari Malaysia melalui talian sedia dibooking. Untuk penjimatan, kami hanya menyewa sebilik saja kerana aku dan Reef tidaklah terlalu awkward seperti dulu.

Reef hanya membawa satu bagasi hitam besarnya tapi dia perlu mengheret dua bagasi kerana aku menyuruhnya mengheret bagasi kecilku.

Muka dia ketat semacam. Alah, sesekali minta tolong je bukan selalu.

Bilik bernombor 014 yang agak mewah sudah pun mempunyai penghuni sementara. Aku menghempaskan tubuh keatas katil yang empuk gila ni.

Reef hanya menggeleng melihat perlakuan aku. "Aku nak tidur. Pukul 3 kejut, please?"

Aku hanya memerhati setiap gerak geri Reef sehingga dia terlena dibuai mimpi.

AKU membelek setiap satu fabrik yang ada di wardrobe Jakarta ini. Semuanya rambang mata! Jam di tangan sudah masuk angka 2.45 p.m.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 10, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Gadis Red Lips (18SX)Where stories live. Discover now