Bab Satu

67 2 0
                                    

Dalam kemalapan dan hanya disinari sebuah lampu meja, kelihatan seorang lelaki sedang menepuk dahinya berulang kali sebelum bangun dari tempat duduknya. Lelaki itu mula mundar mandir di sekitar kawasan itu.

"Idea!! Sampai bila ko nak sembunyi ni?? Hishhh..." Jeritnya sambil menderam kegeraman. Sudah hampir habis satu hari ini dia di hadapan komputer riba nya, cuba menaip mengenai figura - figura yang amat disanjungi dan yang disayanginya. Figura yang sepatutnya dia amat kenali dan paling mudah untuk diceritakan namun apabila dia berada di hadapan komputer ribanya - jangankan sebaris ayat, memilih satu perkataan yang betul pun dia tak berjaya. 

Lelaki ini kembali mengerang kegeraman lalu dia beralih masuk ke sebelah kamar tidur yang bersambung di pintu tengah dan berbaring di katil pula seolah mengalah. 

Berapa bulan telah berlalu sejak dia tanpa berfikir panjang memberitahu Uncle Zarif yang dia sedang dalam pembikinan dua karya terbaru. Kadang kala ada saja wartawan sanggup mencari berita tentang dirinya melalui penerbit bukunya, kadang kala agak menekan dengan soalan mereka membuatkan Uncle Zarif juga mendesaknya yang juga membuatkan dia bertindak melulu seperti itu sedangkan bertahun dia cuba dan cuba lagi mencari ayat yang sesuai walaupun bukan dua karya yang dia janjikan. Oleh sebab itu sejak akhir - akhir ini Uncle Zarif mula kerap bertanya mengenai perkembangan projek yang di war - warkan sebagai 'comeback' setelah hampir tiga tahun menghilang dalam industri penulisan kreatif. Ia cukup lama bagi seorang novelis kerana di Malaysia saja ada puluhan penulis novel dari pelbagai cerita, genre dan platform. 

Walaupun begitu dia beruntung kerana masih berada di antara barisan penulis novel yang disegani bukan saja kerana hasil nukilannya yang sentiasa 'laku-keras', dia juga semisteri genre novelnya kerana dirinya amat jarang muncul di khalayak ramai termasuk pesta buku yang diadakan membuatkan peminatnya penulisannya teruja. Oleh itu dia sentiasa mahu memberikan yang terbaik namun untuk tiga tahun yang lalu dia gagal. Dia mengeram lagi.

Muncul seseorang di muka pintu memusing tombol suis lampu di dinding yang mulai menerangi seluruh bilik tidur. Lelaki ini mengecilkan matanya cubaan menghalang cahaya sambil melihat ke arah pintu.

"Assalamualaikum... Tuan ok?," seorang lelaki berusia bersahaja menyoal sambil melangkah keluar dari bilik tidur dan meletakkan sedulang minuman petang yang ditutup rapat dengan tudung makanan. Lelaki tua itu mengambil termos yang ada di dalam troli untuk di tukarkan dengan termos yang ada di atas meja. Tuannya ini tak mahu apa - apa selain mug sahaja berada di meja tulis, sama seperti ayahnya. Kemudian lelaki lebih berusia itu kembali masuk ke bilik tidur dan mengemas apa yang matanya nampak.

Mikael yang dari tadi memerhati berkata,"Dah berapa lama saya macam ni, Pak Rauf? Satu apa pun tak dapat nak taip dah. Otak ni, otak ni dah tak keluar idea langsung, Pak Rauf. Jadi rasanya saya ok ke tak?"

Mikael bangkit dari pembaringannya lalu duduk di hujung katil sambil menghembus nafas kecewa kembali ke bilik bacaan. Selepas membuka tudung makanan dan melihat hidangan petang yang merupakan beberapa hiris kek mentega dan sepinggan mee hoon goreng yang lengkap dengan sebiji telur goreng mata dan semangkuk kecil sup di meja kecil bersebelahan dengan meja kerjanya. Lelaki ini teringat dan menuju ke komputer ribanya seperti ada sesuatu yang muncul. Tak lama kemudian dia mula perlahan mundar mandir di depan komputer ribanya, cuba memerah otaknya. Lelaki yang di panggil Pak Rauf kini mengekorinya ke bilik bacaan dengan hormat dia menjawab,"Tuan, apa kata tuan cuba keluar dari banglo ke atau dari Dark Estate ke pastu ambil udara segar, tengok dari persepsi baru, pergi ke taman ke? Duduk tepi sungai ke? Mandi air terjun ke? Jumpa pelawat kat sini ke. Mungkin dalam macam macam tu dapat jumpa idea. Dah lama tuan tak keluar rumah, kalau ada pun seminggu sekali itu pun pergi solat Jumaat dan balik."

Mikael menghembus nafas dan perlahan menjeling ke arah kepada Pak Rauf kerana memberi idea sebegini,"Pak Rauf..., tau tak selama ni semua novel saya terhasil dari dalam rumah ni... terutamanya di sini. Pernah ke saya menulis di tempat lain? Selama tu adakah saya keluar ke mana - mana? Hmm?"

Mencari Jejakmu [On-going]Where stories live. Discover now