Bab 1

273 7 0
                                    

Kedengaran guruh membuatkan Safiyyah mendongak ke langit melihat dalam kegelapan malam, terasa angin juga menghembus keras menandakan hujan bakal turun membasahi bumi Kuching sebentar lagi.

Buntang mata Safiyyah melihat sepasang kekasih sedang memadu kasih di dalam kereta tidak jauh dari pagar rumahnya, walau hanya diterangi dengan lampu jalan namun jelas kelihatan semuanya. Dia amat mengenali pasangan itu namun untuk terus mendekati mereka bukan pilihannya di kala ini lalu dia melepaskan perlahan beg sampah yang mahu dibuangnya ke tepi saja dan lantas masuk ke dalam rumah.

Entah beberapa minit kemudian sesusuk tubuh membuka pintu dan mula melangkah masuk. Tanpa merasa curiga dia memberi senyuman tatkala dia memandang Safiyyah yang sedang duduk di sofa kini bangun sambil menyilang kedua tangan ke tubuhnya sambil berjalan beberapa tapak ke arahnya.

"Ameer, apa sebenarnya hubungan Ameer dengan Batrisya? Jangan kata sama kerja sebab Fiya dah nampak tadi." Safiyyah bertanya dalam ketegasan namun masih cuba bertenang.

Ameer sedikit melopong terkejut seketika sambil mengosokkan tangannya ke kepala mencari alasan namun dia tahu, dia perlu berterus terang. Terlalu lama sudah dia pendamkan rahsia ini.

"Fiya, Ameer minta maaf." Bicara Ameer lembut lalu menyambung, "Ameer dan Trisya dah lama ada hubungan. Ameer memang nak bagitau Fiya... dan kami merancang nak menikah."

Safiyyah terkejut mendengarnya, memang selama ini dia dan Ameer jenis yang straight-the-point dalam segala hal sepanjang hubungan mereka tapi ini di luar jangkaan dia mendengar Ameer bersahaja mengaku berselingkuh. Namun dia masih cuba bersabar dan bertanya lagi,"Oo bila tu yer? Jam nak nikah, jam tu Ameer nak inform Fiya ke?"

Ameer hanya terdiam sambil menelan air liurnya, dia tiada jawapan juga.

Dengan diamnya Ameer, perasaan marah Safiyyah kembali," Kenapa Ameer? Kenapa Ameer sanggup simpan perempuan lain? Ada tak Ameer fikirkan tentang kita? Tentang anak - anak?"

"Fiya, Percayalah. Ameer masih cintakan Fiya. Ameer masih sayangkan Fiya dan anak - anak tapi Ameer juga tak dapat lepaskan Trisya."

Kedengaran hujan mulai turun dengan lebatnya, selebat airmata yang turun dari mata wanita ini. Safiyyah bertanya lagi," Kenapa? Kenapa Ameer tak boleh lepaskan dia? Apa yang kurang kat Fiya, Ameer? Apa??"

"Sayang, bertenang please. Honestly, Ameer juga sayangkan dia."

Safiyyah mula naik angin lalu dia mencapai beberapa bantal kecil dari sofa dan membaling ke arah Ameer sekuat hatinya.

"Ameer tak fikir pasal Fiya ke?? Pasal anak - anak?? Pasal keluarga?? Ameer dah kenapa??," Ulang Safiyyah lagi kali ini airmatanya sudah melimpah bak empangan tanpa diendahkan. Dia hanya mahukan jawapan dari suaminya.

Ameer pula hanya mampu berdiam sambil cuba menyambut atau mengelak apa saja yang sedang terbang ke arahnya sekarang.

"How far you and her, Ameer? How, FAR??"

Ameer mengangkat kedua tapak tangannya sambil mengerakkan beberapa kali meminta Safiyyah berhenti dan bertenang, dia menyangka Safiyyah boleh terima kerana selama ini mereka amat jarang sekali bergaduh kerana semuanya boleh dibawa berbincang...

...dengan tenang.

"Sayang, Ameer minta maaf-"

Safiyyah kini bergerak menuju ke arah Ameer yang masih sedang berkata - kata lalu menampar muka lelaki itu dengan tangannya lalu berkata," That is for me and the kids, for breaking our trust... MY TRUST!"

Ameer hanya terdiam menerima tamparan yang pedih itu sambil terus mencuba menenangkan isterinya, dia tak dapat menduga tindakan dia berterus terang mendatangkan krisis dalam perkahwinannya.

Sesat Dalam Rindu [Completed]Where stories live. Discover now